Top Blogs

Saturday, April 20, 2013

Home » » Dua kakitangan JKM maut

Dua kakitangan JKM maut

KLUANG -
 Dua kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Mersing maut, manakala dua lagi cedera parah
dalam kejadian di Kilometer 99 Jalan Batu Pahat-Mersing, di sini, semalam.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 10 malam itu melibatkan dua kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Extral dan Toyota Hilux yang dipandu dari arah bertentangan.

Ketua Cawangan Trafik dan Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, Asisten Superintendan Azmi Suratman berkata, Nissan Extral yang dinaiki tiga kakitangan JKM Mersing itu dalam perjalanan balik dari Negeri Sembilan menuju ke Mersing telah bertembung dengan Toyota Hilux dari arah bertentangan menuju ke Kluang.

Akibat pertembungan itu menurutnya, Pegawai JKM Mersing, Mohd Fakhrul Bahari, 28 dan pemandu JKM, Mohd Ridhuan Yusof, 39, meninggal dunia di tempat kejadian manakala, rakannya, Mohd Azahari Ya, 29, serta pemandu Toyota Hilux, Leew Yoon, 32, cedera parah.

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...