Top Blogs

Wednesday, April 10, 2013

Home » » Aishah Mahu Jadi 'Suara' Artis Jika Menang Parlimen Jempol

Aishah Mahu Jadi 'Suara' Artis Jika Menang Parlimen Jempol

Penyanyi Aishah memberitahu beliau menerima tawaran untuk bertanding di kerusi Parlimen Jempol, Negeri Sembilan dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) dengan harapan untuk menjadi 'suara' bagi golongan artis.

Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, 48, berkata, pemilihan itu juga adalah merupakan satu perspektif baru dalam perjuangannya sebagai anak seni selain amanah besar PAS untuknya dan golongan artis.
"Alhamdulillah satu amanah besar dari PAS Pusat untuk saya dan pengiktirafan kepada golongan artis.
"Saya menerima tawaran bertanding dengan harapan agar dapat sedikit sebanyak menjadi 'suara' bagi golongan artis," katanya kepada mStar Online Khidmat Pesanan Ringkas di sini petang Selasa.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Selasa mengumumkan Aishah sebagai calon di Parlimen Jempol ketika mempengerusikan mesyuarat pengumuman calon parti itu bagi PRU13 di Ibu Pejabat PAS Pusat dekat sini pada Selasa.
Dalam pada itu, Aishah yang tidak mengetahui tentang pengumuman dibuat Abdul Hadi itu bersyukur dengan keputusan berkenaan dan akan mula mempersiapkan diri untuk berkempen.
Aishah yang pernah menuntut dalam jurusan sains politik di sebuah universiti di New Zealand menyertai PAS pada Mei tahun lalu selepas mengambil keputusan meninggalkan dunia seni.
Sumber

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...