Top Blogs

Friday, March 22, 2013

Home » » Tiga plajar teparangkap bejaya disalamatkan

Tiga plajar teparangkap bejaya disalamatkan


PASIR PUTEH -
 Tiga pelajar terperangkap dalam kebakaran bangunan asrama
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Ismail dalam kejadian jam 10.30, malam kelmarin, berjaya diselamatkan anggota Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Kaharudin Yahya berkata, dengan kekuatan tujuh anggota dan dibantu dua anggota bomba sukarela bergegas ke sekolah tersebut selepas menerima panggilan daripada warden asrama.

Ketika tiba di lokasi, pihaknya diberitahu terdapat tiga pelajar lelaki terperangkap di tingkat tiga.

“Tiga anggota bomba berjaya membawa keluar pelajar terbabit sementara sebahagian lagi anggota memadamkan kebakaran di bangunan asrama lelaki,” katanya.

Ketika itu katanya, kesemua penghuni asrama terdiri daripada 124 pelajar lelaki dan 193 pelajar perempuan berkumpul di medan perhimpunan dan kawasan lapang berhampiran masjid.

Kaharudin berkata, situasi berkenaan adalah latihan kecemasan kepada pelajar bagi menghadapi situasi sebenar kejadian.
Sumber

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...