Top Blogs

Sunday, March 3, 2013

Home » » Pilih lelaki beriman, Pesan ND Lala buat Shila

Pilih lelaki beriman, Pesan ND Lala buat Shila

 Penyanyi terkenal era 80-an, ND Lala menegaskan dia tidak mengongkong jodoh anaknya, Shila atau nama sebenarnya, Nur Shahila Amir Amzah dan berpegang kepada empat perkara iaitu jodoh, pertemuan, ajal dan maut di tangan ALLAH SWT
.
Katanya, dia tidak letak kriteria mana-mana lelaki mahu mendekati Shila, namun berharap lelaki yang bakal jadi suami Shila beriman dan mampu bimbing Shila ke arah kebaikan.

“Jika ditanya pada mana-mana ibu bapa beragama Islam di negara ini, mereka pastinya mahu lelaki beriman untuk anak perempuan mereka dan begitu juga saya sebagai bapa, saya mahu yang terbaik untuk anak-anak saya.

“Dari segi kriteria tertentu lain, saya tidak kisah sangat kerana yang akan berkahwin bukan saya, tetapi tuan empunya badan. Tapi selagi saya hidup, saya akan beri pendapat kepadanya,” ujarnya.

Bagaimanapun, ND Lala sebelum itu, memohon maaf kerana tidak mahu mengulas lanjut mengenai isu kehilangan Shila serta apa saja perkara berkaitan kontroversi membabitkan anak perempuannya itu dengan pelakon Sharnaaz Ahmad.

Menurut ND Lala atau nama sebenarnya Amir Hamzah, 52, pada sidang media khas di rumahnya di Hulu Langat kelmarin, kes kehilangan anaknya tempoh hari kini dalam proses siasatan. Justeru, dia tidak mahu mengulas apa-apa kerana bimbang akan mengganggu siasatan pihak polis.

“Sebaliknya tujuan sidang media malam ini (kelmarin) bagi memberi gambaran jelas perjalanan karier Shila selepas pulang dari umrah dalam dia mencapai kejayaan sebagai penyanyi bertaraf lima bintang di peringkat antarabangsa kelak.

“Jika mahu menanti semuanya selesai, saya tidak pasti bila pula sidang media ini akan diadakan. Namun saya tidak menolak akan ada lagi sidang media selepas ini memandangkan banyak perkara perlu dimaklumkan mengenai perjalanan karier Shila,” jelasnya.

Pun begitu, mengulas mengenai apa yang berlaku, ND Lala menyifatkan ia dugaan terbesar sebagai anak seni ketika Shila berada di kemuncak kerjayanya dan hanya berserah kepada ALLAH.

“Shila anak yang baik, kuat bekerja dan yakin dengan apa yang dia lakukan. Banyak cabaran terpaksa dia tempuhi. Apa yang terjadi padanya tak mustahil berlaku juga pada orang lain. Bezanya dia adalah selebriti dan sentiasa diperhatikan. Itu harga yang perlu dibayar iaitu diperhatikan,”
Sumber

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...