SUBANG -
Dua anggota polis komando VAT 69 yang terkorban
dalam insiden tembak-menembak dengan kumpulan penceroboh bersenjata dari
Selatan Filipina dinaikkan pangkat.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Inspektor Zulkifli Mamat, 29, dinaikkan pangkat kepada Asisten Superitendan Polis (ASP) dan Koperal Sabarudin Daud, 46, kepada Sarjan.
Saya juga telah berbincang dengan (Timbalan Ketua Polis Negara) Tan
Sri Khalid Abu Bakar bahawa sebagai pertimbangan istimewa kedua-dua
perwira kita akan dinaikkan pangkat," katanya kepada pemberita selepas
memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah dua anggota itu di
Pangkalan Tentera Udara Diraja (TUDM) Subang semalam.Najib berkata, kerajaan dan pihak polis juga akan mempertimbangkan pemberian-pemberian yang lain selepas selesai urusan pengebumian.








No comments:
Post a Comment