Top Blogs

Friday, March 1, 2013

Home » » Obor-Obor Gergasi Serang Jepun tiap Tahun

Obor-Obor Gergasi Serang Jepun tiap Tahun

 Berdasarkan pemerhatian yang telah dilihat setakat ini, para penyelidik memberi amaran bahawa serangan obor-obor Nomura di Jepun pada tahun ini boleh memberikan satu tamparan besar kepada industri perikanan Jepun.

Mereka memberi amaran bahawa arus laut boleh membawa kawanan obor-obor raksasa ke Jepun semula, yang sebelum ini pernah berlaku dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Bilangan obor-obor gergasi ini nampaknya didorong oleh peningkatan suhu laut dan penurunan suhu alam semulajadi.
Kaji selidik marin yang dijalankan pada akhir bulan Jun 2011 telah mendedahkan kebimbangan terhadap bilangan obor-obor Nomura ini iaitu makhluk gergasi yang mampu membesar sehingga 2 meter diameter dan berat mencapai kira-kira 220 kilogram.
Dengan itu, Shinichi Uye, seorang profesor biologi oseanografi di Hiroshima University telah dilantik untuk mempengerusikan penyelidikan kerajaan bagi meramal dan mengawal serangan obor-obor berkenaan.
Uye telah memantau kepadatan populasi obor-obor Nomura di Selatan Laut Kuning dan Timur Laut Laut China sejak tahun 2006 lagi namun masih berada di jalan buntu.
OK
Pada bulan Julai, apabila kawanan pertama sampai di Tsushima (di utara pulau selatan Kyushu), kebanyakan obor-obor bersaiz besar seperti ahli gusti sumo dan bilangannya pula mungkin mencecah hingga ribuah ekor.
Selain dari merosakkan jaring nelayan, obor-obor gergasi juga dipersalahkan kerana membunuh ikan dengan racun mereka, menyebabkan penurunan kualiti dan kuantiti hasil tangkapan ikan.
Dan pada tahun 2005 saja, industri perikanan melaporkan lebih 100,000 kes-kes yang berkaitan dengan obor-obor perosak di seluruh negara Jepun.
Mari lihat gambar betapa besarnya obor-obor raksasa ini.
Sumber

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...