Top Blogs

Friday, March 1, 2013

Home » » Gaduh-gaduh manja

Gaduh-gaduh manja

 Pejam celik, pejam celik, sudah setahun usia perkahwinan pasangan selebriti popular, Lisa Surihani dan Yusry Abd Halim
.Walaupun sibuk dengan jadual kerja, pemilik syarikat rakaman, KRU Studios ini sempat menyusun satu majlis meraikan ulang tahun perkahwinannya bersama isteri tercinta pada 23 Februari lalu.
Bukan sahaja dikejutkan dengan ucapan istimewa menerusi saluran radio, Era FM, malah pelakon filem, Istanbul Aku Datang ini juga menerima lagu khas daripada suaminya berjudul, Selamat Hari Kita.
Pertama kali diputarkan secara eksklusif di radio, lagu yang didedikasi kepada Lisa, 26, ini merupakan simbol cinta Yusry, 40, terhadap isterinya dan dibuat khas sempena sambutan ulang tahun tersebut.

"Saya memang terkejut dan terharu pada malam itu. Saya tak sangka, dalam kesibukan jadual Yusry, dia sempat  menghasilkan lagu sempena ulang tahun kami yang pertama.

"Saya dimaklumkan, lagu ciptaan sepenuhnya oleh Yusry itu mula dicipta sejak bulan Januari lalu. Bagi saya, lagu itu sangat bermakna kerana sebelum ini Yusry tidak pernah cipta lagu untuk saya.

"Ia adalah hadiah yang paling bermakna buat saya jika dibandingkan dengan hadiah lain. Pun begitu, kami tak plan nak jadikan lagu ini sebagai single," katanya.
Janji Lisa, Yusry

Sempena ulang tahun yang pertama itu, baik Lisa mahupun Yusry, kedua-duanya mengharapkan kebahagiaan sepanjang ikatan perkahwinan mereka.
Malah, malam itu turut menjadi saksi perjanjian pasangan romantik ini untuk terus bersama dalam melayari bahtera rumah tangga.
"Tiada apa yang kami harapkan selain untuk terus melayari hubungan ini bersama. Segala cabaran dan dugaan mendatang akan kami tempuhi bersama.
"Alhamdulillah, sepanjang usia perkahwinan ini, saya sangat bahagia bergelar isteri Yusry. Malah, ia berlalu  begitu cepat tanpa kami sedari.

"Gaduh-gaduh manja, itu adat biasa dalam rumah tangga. Namun, ia tidak pernah berlarutan sehingga membawa pergaduhan besar.
Sumber

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...