Top Blogs

Thursday, March 7, 2013

Home » » 4 disyaki pengganas dicakup

4 disyaki pengganas dicakup

SEMPORNA -
 Empat lelaki yang dipercayai anggota pengganas Sultan Sulu ditahan oleh polis di Kampung Sri Jaya, Simunul

Kesemua lelaki berusia antara 20 hingga 50-an itu ditahan dalam operasi dan serbuan yang dilakukan dari pukul 11 pagi hingga pukul 1 petang.
Satu sumber berkata, serbuan itu dilakukan hasil maklumat risikan dan orang awam yang mendakwa terdapat pergerakan luar biasa pada waktu senja dan malam dua hari lalu di kampung tersebut.
Bertindak atas maklumat tersebut, sumber itu memberitahu, sepasukan polis menyerbu Kampung Sri Jaya dan menggeledah sebuah rumah di kampung tersebut.
"Pemeriksaan di rumah yang digeledah berjaya menahan dua lelaki dipercayai anggota pengganas, namun polis tidak menemui sebarang senjata di dalam rumah atau di kawasan sekitar rumah itu," kata sumber itu.
Selepas itu, sumber tersebut memberitahu, polis menahan dua lagi lelaki juga dipercayai daripada kumpulan pengganas di kawasan belukar di kampung berkenaan
Sumber

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...