Top Blogs

Thursday, March 7, 2013

Home » » 10 mayat pengganas ditemui

10 mayat pengganas ditemui

 LAHAD DATU - 
Operasi mencari dan menggeledah Ops Daulat yang masuk hari kedua di Kampung Tanduo
semalam menemui sepuluh mayat kumpulan pengganas Sultan Sulu dengan sembilan daripada mayat itu sudah berulat dan berbau busuk.
Sembilan daripada mayat itu ditemui dalam satu lubang besar yang ditutup dengan kayu dipercayai ditanam oleh kumpulan pengganas sebelum mereka berjaya menyelinap keluar meninggalkan Kampung Tanduo kelmarin.
Mayat sembilan pengganas yang ditemui di dalam lubang itu disahkan sebagai sebahagian daripada 12 mayat anggota pengganas yang mati dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan pada 1 Mac lalu. Dalam pertempuran tersebut, dua anggota polis turut terbunuh.
Sehingga semalam, pasukan keselamatan belum menemui mayat pengganas yang terbunuh dalam serangan udara yang dilancarkan menggunakan lapan buah jet pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kelmarin.
Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tan Sri Zulkefili Mohd. Zin berkata, satu lagi mayat yang ditemui dalam operasi penggeledahan merupakan mayat pengganas yang ditembak mati pada pukul 6.45 pagi semalam.
"Sembilan mayat yang ditemui dalam satu lubang besar di kampung itu merupakan mayat sekumpulan 12 pengganas yang ditembak mati pada hari Jumaat lalu.
"Buat masa ini pasukan forensik sedang mengesan baki tiga lagi mayat yang mungkin ditanam atau berada di tempat lain," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.
Menurut beliau, operasi mencari dan menggeledah di kampung berkenaan yang bermula sejak petang kelmarin turut menemui beberapa senjata api milik musuh.
"Kita terpaksa menggeledah beberapa kawasan lagi untuk mencari senjata-senjata yang mungkin ditanam atau disembunyikan pengganas itu," kata beliau.
Dalam pada itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan telah berlaku dua lagi pertempuran antara pasukan keselamatan dengan kumpulan pengganas di kampung tersebu

Kosmo

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...