ATMOSFERA industri hiburan minggu lalu hangat dengan cerita berkaitan dua gadis ini.
Biarpun melalui kisah berbeza, namun nasib Almy Nadia dan Shila Amzah
tidak jauh bezanya apabila terpaksa akur bahawa hubungan cinta mereka
telah berakhir.
Jika Almy yang selama ini dikatakan bercinta dengan Fizz Fairuz,
dikejutkan dengan berita pertunangan aktor itu dengan seorang gadis dari
Pahang. Shila pula akhirnya
bangkit dan meneruskan kehidupan apabila Sharnaaz nekad untuk berundur
setelah hubungan cinta mereka tidak mendapat restu daripada bapa Shila,
ND Lala.
Tidak lagi mahu menoleh pada kisah lama, kedua-duanya nekad untuk terus
pandang ke hadapan dan memberi tumpuan kepada karier seni yang masih
berjalan dengan baik.
Sumber
No comments:
Post a Comment