Top Blogs

Sunday, December 2, 2012

Home » » Peniaga mahu tuntut rugi

Peniaga mahu tuntut rugi

image (8)

JITRA -

Seorang peniaga kesal dengan tindakan Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP) yang didakwa menjalankan operasi membanteras haiwan ternakan tanpa sebarang notis dan pemberitahuan.

Megat Darus Megat Abdullah, 66, berkata, seekor daripada 10 lembu ternakannya ditemui mati di kawasan kebun getah miliknya akibat terkena tembakan ubat pelali dalam operasi berkenaan.
Menurutnya, operasi itu dilakukan selepas pihak berkenaan menerima aduan daripada penduduk sekitar bahawa haiwan itu sering berkeliaran di kawasan perumahan Taman Bersatu dan Taman Delima.
"Sepatutnya mereka memberi notis mengenai aduan mahupun operasi yang dijalankan, sekurang-kurangnya mana-mana penduduk yang menternak haiwan itu boleh bersedia.
"Lagi pula, perumahan itu dikelilingi kawasan kampung dan penduduk berhak menternak haiwan itu berikutan kawasan kebun mereka luas,” katanya.
Megat Darus berkata, perkara tersebut merugikannya yang menjalankan perniagaan jual beli haiwan itu sebagai pendapatan sampingan.
"Tambahan pula, usianya sudah cukup dewasa untuk dijual.
“Disebabkan mahu tuntut kerugian, saya ada berbincang bersama pihak terlibat bagi menyelesaikan perkara ini namun sehingga kini tiada sebarang maklum balas,” katanya.
Sinar Harian cuba mendapatkan maklum balas pihak terlibat berhubung perkara terbabit namun mereka gagal dihubungi.

Sinar

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...