KULIM -
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) akan membuka dua kampus cawangan iaitu di Pagoh, Johor dan Kulim Hitech Park tidak lama lagi….
kampus cawangan di Pagoh telah mendapat persetujuan Kementerian Pengajian Tinggi dan tapaknya juga sudah dikenal pasti.
Beliau berkata, projek pembinaan kampus di Pagoh itu akan bermula awal tahun depan dengan Sime Darby Bhd. sebagai pemaju utama.
"Bagi cawangan di Kulim pula pihak kami telah pun berunding dengan Presiden Kulim Technology Park Corporation (KTPC), Mohammad Sobri Othman untuk mendapat satu tapak yang sesuai untuk bangunan universiti dalam tempoh terdekat," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Hari Raya UniMAP-Industri di Anjung UniMAP di sini semalam.
Hampir 500 pekerja industri di sini hadir pada majlis itu.
Kamaruddin berkata, kampus cawangan di Pagoh kelak akan memberi tumpuan untuk melahirkan lebih banyak modal insan yang kompetitif terutama dalam bidang nanoteknologi dan pengurusan perniagaan bagi menjana bidang perniagaan dan kewangan khususnya untuk memenuhi keperluan pertumbuhan kawasan industri Iskandar Malaysia.
"Kampus di Kulim pula akan dinaik taraf bagi menggantikan Anjung UniMAP sedia ada dan akan dimulakan dengan kira-kira 100 tenaga pengajar. Jumlah itu akan ditambah dari semasa ke semasa kerana permintaan modal insan keluaran UniMAP di sini semakin meningkat,
Sumber : kosmo
No comments:
Post a Comment