PELABUHAN KLANG –
Sekilas pandang, sebuah bot tukar barang dilihat
sekadar membawa muatan tilam buruk untuk dijual di Indonesia, namun
siapa sangka pemeriksaan pihak berkuasa di bilik enjin bot tersorok
syabu bernilai hampir RM1 juta.....
Taktik licik sindiket dadah antarabangsa itu terbongkar pada pukul
6.30 pagi semalam ketika Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang
menahan sebuah bot di Kuala Sungai Klang di sini.
Semasa ditahan bot tersebut dalam perjalanan menuju ke Tanjung Balai, Indonesia.
Selain merampas hampir lapan kilogram syabu yang diisi dalam empat
bungkusan plastik berwarna merah jambu, PPM turut menahan seorang tekong
dan dua orang awak-awak warga Indonesia berusia antara 41 hingga 60
tahun.
Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Pelabuhan Klang, Deputi
Superintendan Norzaid Muhammad Said berkata, kejayaan itu adalah hasil
maklumat awam dan risikan yang dijalankan pihaknya selama sebulan
sebelum menahan bot yang disyaki tersebut.
Menurut beliau, bot dari negara jiran itu dipercayai memasuki negara
ini melalui Pelabuhan Klang sebelum singgah di sebuah jeti yang tidak
boleh didedahkan sejak empat hari lalu tanpa membawa muatan.
“Selama empat hari bot tersebut diisi dengan muatan tilam terpakai
bagi mengaburi pihak berkuasa namun dalam perjalanan pulang bot tersebut
ditahan pihak berkuasa,” kata beliau pada sidang akhbar di Pangkalan
PPM sini.
Semasa ditahan bot tersebut dinaiki tiga lelaki termasuk seorang tekong.
“Empat bungkusan syabu ditemui disembunyikan di bawah tangki minyak di bahagian enjin bot,” kata beliau.
Sumber : Kosmo
No comments:
Post a Comment