Top Blogs

Monday, August 27, 2012

Home » » Terkejut terima panggilan bomba awal pagi

Terkejut terima panggilan bomba awal pagi

 
KOTA BHARU:
 Pasar raya Mydin di Jalan Pintu Pong, di sini, terbakar membabitkan kerugian RM150,000, awal pagi semalam.
Kejadian pada jam 2.40 pagi itu dikatakan bermula dari kios makanan dan minuman terletak di hadapan pasar raya berkenaan....

Pengurus Mydin Cawangan Kelantan, R Naidu berkata, dia terkejut apabila mendapat panggilan daripada pihak bomba yang memaklumkan penggera keselamatan di pasar raya itu berbunyi.
 dia dengan segera menghubungi pengawal keselamatan bertugas pada pagi itu bagi mengetahui apa yang berlaku.

“Pengawal keselamatan memaklumkan ketika sedang membuat rondaan, dia tiba-tiba terhidu asap.

“Dia kemudian terlihat api sedang menjulang dari kawasan kios berhampiran,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Abdullah Din Mohamed berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.52 pagi daripada pengawal keselamatan pasar raya terbabit.

Katanya, seramai 28 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Tunjong, Pengkalan Chepa dan Kota Darul Naim dikejarkan ke tempat kejadian bersama enam jentera.
“Sebaik tiba pada jam 2.57 pagi, api sedang marak memusnahkan bahagian kios menjual makanan dan minuman di situ.

“Kami berjaya mengawal dan memadam kebakaran sepenuhnya 40 minit kemudian. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku,” katanya.

Mereka turut dibantu anggota polis, kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan tiga anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Kejadian itu adalah kali kedua berlaku selepas kebakaran besar memusnahkan cawangan itu yang terdiri daripada bangunan tiga tingkat di Jalan Parit Dalam, pada Mei 2002.
Sumber : Metro

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...