Top Blogs

Friday, August 3, 2012

Home » » Terkejut kereta bapa di depan rumah terbakar

Terkejut kereta bapa di depan rumah terbakar

image (4)

TUMPAT –

Sebuah keluarga  terkejut bila kereta Proton Saga milik bapanya yang di parkir di hadapan rumah tiba-tiba terbakar di Kampung Kebakat ……

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi , kereta milik Omardin Bon, 49, tiba-tiba berasap di bahagian depan lalu terbakar dengan sendirinya.

Isterinya, Mek Zah Junus, 47, berkata, kejadian itu disedari apabila rumahnya berbau hangit seperti ada barangan elektrik terbakar.
“Curiga dengan apa yang berlaku, saya memeriksa semua suis dan barangan elektrik di dalam rumah, tetapi semuanya dalam keadaan baik.
“Tetapi bau hangit itu masih menjadi misteri sehingga salah seorang anak saya,  Muhammad Adam Hayqal menyedari kereta yang di pakir di halaman rumah berasap,” katanya.
Mek Zah berkata, panik dengan apa yang berlaku, dia memaklumkan kepada suaminya yang berada di dalam bilik dan menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
“Beberapa anggota JPAM datang membantu, tetapi akhirnya terpaksa memanggil bomba kerana api tiba-tiba marak membakar kereta tersebut,” katanya yang memaklumkan kereta itu sudah seminggu di pakirkan di situ.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba Tumpat, Ya’cob Abdullah berkata, satu jentera bersama lima anggota dikejarkan ke lokasi kejadian untuk memadam kebakaran kereta terbabit.
“Kebakaran dapat dipadamkan dalam masa 25 minit, dan punca kebakaran adalah disebabkan kerosakan pada sistem pendawaian audio kereta tersebut,

Sumber : Sinar

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...