BEIRUT -
Tentera Syria menawan semula kawasan penganut Kristian di
bandar Aleppo selepas pertempuran sengit berlaku dengan para
pemberontak,...
"Kami mempunyai dua hari yang teruk dalam kehidupan kami," kata
seorang isteri ahli perniagaan di bandar tersebut yang hanya dikenali
sebagai Sonia.
"Jika rumah kami tidak dibina seperti kubu, kami semua telah mati," tambahnya.
Beliau tinggal di kawasan kediaman Telal yang berada semula di bawah penguasaan tentera Syria kelmarin.
Tentera Syria turut merampas kawalan daripada pemberontak di Jdeide.
Menurut beberapa penduduk, pertempuran sengit berlaku di tengah bandar Aleppo, utara Syria.
Kawasan Jdeide dan Telal kerap dikunjungi pelancong kerana ia
terkenal dengan keenakan makanan di restoran dan kedai-kedai kraf
tangan.
"Pertempuran pada hari Isnin dan Selasa amat sengit dan berlanjutan
berjam-jam sebelum pihak tentera menghancurkan semula para pemberontak,"
kata seorang penduduk tempatan.
Pertempuran di Syria bermula pada Mac lalu apabila sebahagian
penduduk memberontak menentang kepimpinan Presiden Bashar Al-Assad.
Lebih 18,000 orang dilaporkan terbunuh dalam pertempuran antara pemberontak dengan tentera Syria.
Para pemberontak itu menuntut Bashar meletakkan jawatan kerana gagal melaksanakan pembaharuan politik dan hak asasi manusia.
Sumber : kosmo
No comments:
Post a Comment