Top Blogs

Friday, August 17, 2012

Home » , » Serangan berdarah di Syria

Serangan berdarah di Syria

 
BEIRUT 16 Ogos -
Lebih 40 orang maut dan sekurang-kurangnya 100 yang lain termasuk wanita dan kanak-kanak cedera, dalam serangan udara tentera Syria ke atas bandar Azaz, 30 kilometer dari utara Aleppo, serangan terburuk sejak pemberontakan bermula 17 bulan lalu....

.Agensi pemantau hak asasi manusia, Human Right Watch (HRW) hari ini melaporkan, serangan itu yang berlaku semalam menyebabkan penduduk di kawasan perumahan berkenaan lari menyelamatkan diri.
Oleh kerana terlalu ramai yang cedera, sebuah hospital tempatan terpaksa mengarahkan penduduk membawa mangsa cedera ke sempadan berdekatan Turki untuk mendapatkan rawatan.
Wartawan Associated Press yang berada di lokasi kejadian menyaksikan, terdapat sembilan mayat termasuk seorang bayi sejurus serangan udara tersebut berakhir.
Pemangku Pengarah Kecemasan HRW, Anna Neistat berkata, serangan udara tersebut menyebabkan 40 orang maut.
"Tentera Syria melancarkan serangan tanpa mempedulikan nyawa orang awam,'' katanya.
HRW berkata, dua kemudahan di bandar Azaz mungkin menjadi sasaran serangan tersebut.
Dalam pada itu, Iran hari ini mengkritik keputusan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang menggantung keanggotaan Syria dan menyatakan tindakan itu tidak adil.
Sumber : Utusan

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...