Top Blogs

Tuesday, August 7, 2012

Home » , » Rumah penyanyi Alleycats mendiang Loga terbakar

Rumah penyanyi Alleycats mendiang Loga terbakar

image (3)

GEORGE TOWN

Tingkat atas rumah dua tingkat penyanyi Alleycats, mendiang Datuk A. Loganathan di Jalan Azyze Tanjung Bungah musnah dalam kebakaran hari ini.
….

Balu mendiang, Datin Susan Loganathan, 56, berkata dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu,  beliau dan adik lelakinya sedang berehat di ruang tamu sebelum dikejutkan dengan bunyi letupan dan melihat kepulan asap di tingkat atas kediamannya.

"Saya hanya tinggal berdua dengan adik saya, Kevin Jonathan Boudville, 46, dan  sebaik sahaja melihat asap itu itu kami segera mencapai dokumen penting dan terus keluar dari rumah," katanya kepada pemberita.

Beliau yang mengalami kecederaan ringan pada tangan dan sedikit rambutnya terbakar, berkata tingkat atas kediamannya yang menempatkan koleksi piring hitam  nyanyian mendiang suaminya sejak tahun 1980-an dan pelbagai barangan berharga seperti barang  kemas serta wang tunai hangus dijilat api.

Sumber : Sinar

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...