Top Blogs

Saturday, September 1, 2012

Home » Ketakutan Black, Juliana Evans

Ketakutan Black, Juliana Evans

hi_04.1

DEBARAN melihat orang melakukan aktiviti lasak atau ekstrem tidak sama dengan ketakutan atau kekalutan yang dialami jika kita melakukannya sendiri….

Tidak dinafikan ramai yang lebih rela menjadi penonton daripada melakukan aktiviti yang mencabar.

Namun tidak bagi penyanyi Black dan pelakon Juliana Evans yang masing-masing sanggup mencabar diri melakukan aktiviti ekstrem demi mengatasi kelemahan dan ketakutan diri sendiri.

Siapa sangka Black yang nampak sasa dan mempunyai lontaran vokal tinggi bila menyanyi rupa-rupanya seorang yang penakut malah dia juga gayat di tempat yang tinggi.

Sementara si gadis jelita, Juliana Evans pula takut apabila berada di tempat yang sempit dan gelap ataupun lebih dikenali sebagai claustrophobia.

Pelbagai telatah menarik mereka dapat dilihat sewaktu dicabar oleh pengacara Tengku Naharuddin atau Deqwan untuk mengatasi rasa takut dan fobia mereka di Sydney, Australia, baru-baru ini.

Aksi Black dan Juliana dapat saksikan dalam rancangan Remaja Ekstrem edisi Australia selama tiga minggu berturut-turut mulai 27 Ogos, setiap Isnin pukul 10.30 malam melalui slot 9X, di TV9.

Remaja Ekstrem edisi Australia ini akan melihat sisi lain Black dan Juliana Evans yang pasti tidak dapat anda saksikan di mana-mana.

Lebih mencuit hati apabila Black sempat mengucap panjang sebelum melakukan percubaannya untuk menyudahkan terjunan tinggi di sekitar pantai Wollongong.

"Memang menggerunkan apabila terjun dari tempat ketinggian 5,000 kaki. Saya pula orang terakhir yang terjun keluar daripada kapal terbang kecil itu.

"Waktu itu jiwa rasa kosong sahaja tapi saya tetap buka mata lihat pemandangan kerana alang-alang terjun, biar tengok apa yang berlaku.

"Cukuplah sekali saya buat terjunan begitu, lainlah kalau suruh saya terjun kemudian diberi imbuhan. Mahu juga saya fikir dua kali untuk buat lagi.

"Kalau ikutkan waktu mesyuarat, produser kata saya tidak perlu terjun pun tak apa, tapi bila sampai sana, mereka kata nak tak nak saya perlu terjun. Saya memang suka aktiviti lasak tapi di darat sahaja," ceritanya yang kini sedang mempromosi singleTeman Pengganti, duet bersama Malique.

Keseronokan mereka tidak hanya terhenti di situ sahaja kerana Black, Juliana dan Deqwan turut berpeluang berlayar di lautan luas dengan kapal layar di Sydney Harbour.

Selain dapat merasai pengalaman berbeza, mereka dapat juga menikmati keindahan dan pemandangan menarik di Sydney dengan kerjasama Tourism Australia danDestination New South Wales.

Lebih menarik lagi, penonton program Remaja Ekstrem juga berpeluang untuk memenangi hadiah yang dibeli sendiri oleh Black dan Juliana Evans di Australia dengan hanya menjawab soalan yang disiarkan dalam program berkenaan.

Sumber : utusan

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...