Top Blogs

Monday, August 27, 2012

Home » » Keinsafan banduan di Aidilfitri

Keinsafan banduan di Aidilfitri

 
JOHOR BAHRU – 
“Setelah tiga tahun menunggu, akhirnya hari inisaya berkesempatan mencium tangan ibu dan bapa, bertemu isteri serta memeluk anak tersayang sempena Aidilfitri....
”Demikian luahan seorang banduan dikenali sebagai Faris, 30, yang merupakan salah seorang daripada enam banduan terpilih dalam program Jalinan Kasih Antara Banduan dan Ahli Keluarga di Penjara Ayer Molek di sini semalam.
Bekas posmen yang dipenjarakan atas kesalahan di bawah Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah itu dikunjungi oleh 12 ahli keluarganya sempena sambutan Aidilfitri.
Lebih menarik, anak sulung daripada enam beradik itu turut dilawati adik perempuannya yang baru melangsungkan perkahwinan kelmarin.
Tambah anak kelahiran Senai, Johor itu, sepanjang dia menerima hukuman di penjara, dia turut terlepas peluang menyaksikan tiga adik-beradiknya menamatkan zaman bujang.
“Segalanya banyak berubah, tiga tahun lamanya tak jumpa mereka, tahun ini memang teruja sangat kerana dapat sentuh dan salam mereka semua, kegembiraan saya susah nak digambarkan dengan kata-kata,” katanya yang dijangka dibebaskan pada Februari tahun depan.
Sumber : Kosmo

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...