Top Blogs

Friday, August 17, 2012

Home » , » Dua sepupu maut dipanah petir

Dua sepupu maut dipanah petir


MARANG –
 Dua sepupu akrab mati dipanah petir dalam kejadian di Kampung Pengkalan Berangan
Mangsa, Tuan Ahmad Salihin Tan Ibrahim, 8, dan Tuan Mohammad Azhar Tuan Sulaiman, 9, dipercayai sedang membantu bapa Tuan Ahmad Salihin menangkap lembu serta kerbau di Kampung Felda Cadur sebelum dipanah petir ....
pada pukul 2.30 petang.
Kedua-dua mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Pengkalan Berangan di sini.
Sementara itu, ibu Tuan Ahmad Salihin, Norhayati Mohd. Nor, 37, berkata, kedua-dua mereka akrab dan kerap kali mengikuti suaminya menambat lembu atau kerbau orang kampung.
“Dia tidak menunjukkan sebarang tanda pelik sebelum kejadian, hanya memberitahu cikgu ada memberi duit raya RM2 sebelum mengikuti bapanya.
“Bahkan, hanya dia seorang sahaja yang sudah mempunyai baju raya sempena Aidilfitri ini,” katanya mengenai anak keenam dari tujuh beradik itu.
Sumber : kosmo

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...