Top Blogs

Tuesday, August 7, 2012

Home » , » Budak korban pemujaan keluarga

Budak korban pemujaan keluarga

 BUKIT MERTAJAM 
 Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati akibat ditindih lapan ahli keluarganya termasuk seorang amah Indonesia ketika melalui satu upacara pemujaan ......

di rumahnya di Taman Bukit Minyak di sini malam kelmarin.
Kejadian tersebut disedari bapa saudara mangsa yang secara kebetulan berkunjung ke rumah itu pada pukul 10 malam.
Saksi yang curiga melihat pintu utama rumah tersebut tidak berkunci segera naik ke tingkat atas rumah yang menempatkan bilik tidur utama.
Apabila lelaki berkenaan mendapati pintu bilik itu berkunci dan penghuni yang berada di dalam enggan membuka pintu dia segera memaklumkan perkara tersebut kepada polis.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Azman Ab. Lah berkata, polis yang menerima laporan daripada bapa saudara mangsa yang mengesyaki sesuatu perkara pelik berlaku di rumah dua tingkat yang diduduki keluarga berkenaan terus menghantar pasukan penyiasat.
“Sebaik tiba di rumah berkenaan, polis mendapati keadaan rumah tersebut gelap dan apabila pemeriksaan dilakukan polis menemui lapan individu berada dalam keadaan sudah lemah di bilik utama yang berkunci.
“Pemeriksaan kemudian menemui seorang kanak-kanak perempuan berketurunan Cina yang sedang ditindih oleh kesemua lapan individu berkenaan dan mangsa sudah mati,” kata beliau sambil memberitahu mangsa dan lapan individu itu ditemui berada dalam satu selimut besar.
Sumber  : Kosmo

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...