Top Blogs

Thursday, July 26, 2012

Home » , » Sherman Hemsley meninggal dunia

Sherman Hemsley meninggal dunia

hi_06.1 (1)

CHICAGO 25 Julai -

Pelakon Sherman Hemsley yang terkenal menerusi sitkom The Jeffersons pada 1970-an meninggal dunia akibat sakit tua di Texas, semalam……

Beliau berusia 74 tahun.

Laman web selebriti TMZ dan majalah People yang memetik kenyataan polis melaporkan, Hemsley meninggal dunia di kediamannya di El Paso.

Sitkom The Jeffersons yang menampilkan lebih banyak barisan pelakon kulit hitam merupakan satu daripada rancangan televisyen tertua di Amerika Syarikat (AS).

Rancangan itu mengisahkan kehidupan mewah sebuah keluarga selepas berjaya dalam perniagaan dobi dan turut mengupas isu berkaitan status dan bangsa.

Dalam sitkom tersebut, Hemsley diberi tanggungjawab memegang watak George Jefferson yang menentang perkahwinan campur di kawasan kediaman di Manhattan.

Sebelum menceburkan diri dalam bidang lakonan, Hemsley pernah menyertai pasukan tentera udara AS dan muncul pertama kali menerusi sitkom All in the

Sumber : Utusan

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...