Top Blogs

Tuesday, July 31, 2012

Home » , » Rumah, wang musnah sekelip mata

Rumah, wang musnah sekelip mata

image (4)

CHEMOR –

Impian warga emas menyambut 1 Syawal di rumah baru dibaiki selepas menerima peruntukan bencana alam berjumlah RM16,000 dari Felcra minggu lalu, musnah apabila kediamannya yang terletak di Ulu Kuang itu terbakar, …..

image (5)

Dalam Kejadian jam 12.50 tengah hari itu, mangsa, Rasmah Kadir, 69, melecur di tapak kaki selepas terpijak bara api ketika menyelamatkan diri bersama cucunya, Mohd Alif Jamal, 6.
Menceritakan detik cemas itu, Rasmah dikejutkan dengan jeritan Mohd Alif yang ternampak asap menyelubungi atap dan api di bahagian bilik utama rumah berkenaan.
Katanya, dia cuba menyelamatkan barangan berharga termasuk wang tunai RM1,000 yang diletakkan salah sebuah bilik dengan berpatah balik masuk dalam rumah yang terbakar itu.
“Saya tidak sempat masuk ke bilik untuk ambil wang yang disimpan. Setelah memastikan Mohd Alif keluar melalui pintu hadapan, saya pula berlari ikut pintu belakang.
“Masa berlari, mata saya memandang ke bahagian atap kerana takut ditimpa kayu tetapi tidak sangka bara api berselerakan atas lantai dan saya merempuh juga sebab api sudah besar,” katanya dalam nada masih hiba.
Menurutnya, rumah itu baru sahaja di cat dengan warna biru bagi meraikan sambutan Aidilfitri.
Rasmah dibawa oleh penduduk kampung untuk menerima rawatan di Klinik Kesihatan Kecil Chemor setelah ditenangkan oleh anaknya.
Sementara itu, cucu mangsa, Mohd Arash Hakimi Nazamudain, 11, berlari keluar dari kelasnya apabila ternampak asap hitam dari rumah neneknya yang berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan Syed Idrus di sini.
Pelajar tahun lima itu meminta kebenaran guru kelasnya setelah yakin bahawa kebakaran itu dari rumah neneknya berikutan kelasnya menghadap tempat kejadian. 
“Pada mulanya saya ingat kedai kecil bersebelahan rumah nenek terbakar tetapi apabila rakan-rakan cakap asap keluar dari rumah nenek. Saya terus beritahu keluarga,” katanya.
Ketua Operasi dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Ipoh, Mohd Nasir Mohd Arshad berkata, kebakaran bermula dari dalam bilik namun, siasatan masih diteruskan bagi mengesan punca kebakaran itu.
“Seramai 15 anggota dan tiga jentera dikejarkan ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan pada jam 12.52 tengah hari dan api berjaya dikawal empat minit kemudian.
“Jumlah kerugian masih belum dianggarkan dan pasukan forensik Bomba masih menjalankan siasatan

Sumber : Sinar

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...