Top Blogs

Wednesday, July 18, 2012

Home » , » Presiden Assad guna senjata kimia?

Presiden Assad guna senjata kimia?

lu_01.1 (1)

LONDON 17 Julai -

Duta Syria pertama yang berpaling tadah, Nawaf Fares mendakwa Presiden, Bashar al-Assad bersedia menggunakan senjata kimia ke atas kumpulan pemberontak….

Malah, Fares ketika ditemuramah saluran berita BBC tidak menolak kemungkinan senjata tersebut telah digunakan ke atas pemberontak.

Beliau memberi amaran Assad bersedia 'memusnahkan' semua rakyat Syria, semata-mata untuk mengekalkan kuasanya.

Apabila ditanya wartawan BBC, Frank Gardner sama ada dakwaannya itu membawa maksud penggunaan senjata kimia, Fares berkata: ''Saya yakin jika kerajaan pimpinan Assad terus ditekan oleh rakyat, beliau akan menggunakan senjata tersebut.''

''Terdapat maklumat yang belum disahkan bahawa senjata kimia telah digunakan di Homs,'' kata bekas Duta Syria ke Iraq itu.

Syria mempunyai stok senjata kimia yang besar dan negara-negara jiran semakin bimbang apa akan berlaku ke atas senjata tersebut jika kerajaan ditumbangkan.

Fares bagaimanapun yakin kerajaan Assad akan digulingkan tidak lama lagi.

''Kami mendoakan tempoh kejatuhan itu akan berlaku cepat supaya jumlah korban dapat dikurangkan,'' katanya.

Fares yang mengumumkan belot pada 11 Julai lalu, sebelum ini dilihat sebagai penyokong kuat kerajaan Assad dan pengumumannya itu menimbulkan kesangsian di kalangan aktivis

Sumber : utusan

1 comment:

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...