Top Blogs

Monday, July 30, 2012

Home » , » Banyak kerusi kosong di Sukan Olimpik

Banyak kerusi kosong di Sukan Olimpik

du_09.1

LONDON -

Penganjur Sukan Olimpik London melakukan siasatan selepas banyak kerusi penonton didapati kosong semasa beberapa pertandingan sukan berlangsung kelmarin…..

du_09.2

Setiausaha Kebudayaan Britain, Jeremy Hunt menyatakan beliau berasa amat kecewa dengan sejumlah kerusi kosong tanpa penonton pada hari pertama sukan itu.

Menurutnya, Jawatankuasa Penganjuran Sukan Olimpik London akan melakukan siasatan itu bagi mencari punca yang menyebabkan ketiadaan penonton yang ramai.

Imej-imej yang disiarkan di televisyen menunjukkan sejumlah besar kerusi di beberapa lokasi pertandingan tidak diduduki penonton.

Menteri Sukan Britain, Hugh Robertson berkata, beliau terkejut kerana penonton tidak memenuhi tempat duduk.

Kira-kira suku daripada 928,000 tiket gagal dijual pada Mei lalu termasuk untuk pertandingan bola tampar pantai dan tinju.

Namun, pada awal Jun lalu, sebanyak tujuh juta daripada 8.8 juta tiket telah dijual.

Sukan Olimpik London dibuka secara rasmi pada Jumaat lalu.

Sumber : kosmo

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...