demi meneruskan minat dalam bidang lawak.
Dianggotai oleh Walawd Parman dan Wan Mustafa Muntek, mereka berkata,
perkara itu masih terlalu awal untuk diperkatakan kerana perlu berfikir
semasak-masaknya sebelum mengambil sebarang keputusan.
"Ini adalah tentang masa depan kami dan ia tidak boleh dibuat secara
mendadak dan perlu berfikir semasak-masaknya terlebih dahulu.
"Bagaimanapun kami pada masa sama mahu mengembangkan kerjaya dalam bidang lawak di Kuala Lumpur," kata Wan Mustafa kepada mStar Online.
Kumpulan yang berasal dari Sabah itu diumumkan sebagai juara program
Raja Lawak musim ketujuh pada pertandingan akhir yang diadakan malam
Jumaat lalu di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan undian
sebanyak 50 peratus.
Kemenangan itu telah melayakkan mereka untuk membawa pulang hadiah
berupa wang tunai sebanyak RM100,000 berserta trofi sumbangan Astro.
Wala tidak menyangka bergelar juara Raja Lawak musim ketujuh.
Wan Mustafa menjelaskan mereka kini bertugas di Tuaran, Sabah dan
hanya mengambil cuti tanpa gaji buat masa ini bagi membolehkan mereka
menyertai program Raja Lawak.
Dalam pada itu, Wan Mustafa berkata, mereka tidak menyangka akan
sampai ke tahap juara dan menganggap usaha keras mereka sebelum ini
telah membuahkan hasil.
Jelasnya lagi, walaupun telah mempunyai pekerjaan tetap sebagai polis
mereka tidak mahu mensia-siakan bakat yang dimiliki dan berharap ia
dapat dikongsi bersama peminat.
"Ini bukan kali pertama kami cuba untuk menyertai Raja Lawak dan
ternyata cubaan berkali-kali itu berbaloi dan berharap dapat berkongsi
bakat yang ada pada kami dengan peminat sekaligus merancakkan lagi
industri lawak di negara ini," katanya.
Ditanya mengenai wang kemenangan mereka, Walawd memberitahu buat masa
ini dia tidak mempunyai sebarang perancangan khusus tetapi merancang
untuk melangsaikan hutang dan mengadakan kenduri kesyukuran atas
kemenangan mereka berdua.
Sementara Wan Mustafa pula memberitahu akan menderma sebahagian wang
berkenaan kepada sebuah rumah anak yatim di Tuaran yang telah diniatkan
sejak awal selain berhasrat untuk menggunakan wang berkenaan bagi
menghantar kedua ibu bapanya mengerjakan haji.
Dalam perkembangan lain, Wala akan bertanding pada program Raja Lawak Mega 2013 yang akan diadakan pada penghujung tahun ini.
No comments:
Post a Comment