CHONGQING, China - Seorang lelaki  sanggup meredah banjir 
semata-mata untuk mendapatkan makanan panas buat isterinya yang sedang 
mengandung
 dan terperangkap di dalam rumah mereka, lapor akhbar Chongqing Evening News.
Lelaki itu, Yin Yong yang berasal dari wilayah Tongnan mendapati 
rumah dua tingkat miliknya ditenggelami banjir pada pukul 2 petang waktu
 tempatan semalam.
Paras air itu dikatakan terlalu dalam buat isterinya yang sedang mengandung lima bulan untuk menyelamatkan diri.
Air banjir telah menenggelamkan bahagian dapur rumahnya dan menyukarkan Yong memasak makanan untuk isterinya.
Memandangkan tiada tanda-tanda bahawa banjir itu akan surut, Yong 
membuat keputusan untuk berenang dan mencari makanan panas untuk 
isterinya.
Yong mengambil masa setengah jam untuk berenang sejauh 500 meter ke 
kawasan seberang. Dia kemudian berjaya mendapatkan sedikit nasi panas 
dan sayur-sayuran di rumah rakannya sebelum berenang semula ke rumahnya.
 
Yong dan isterinya diselamatkan oleh pasukan penyelamat pada kira-kira pukul 8 malam
 

 
 
 
 
 
 
 
 
.jpg) 
 
 
No comments:
Post a Comment