Seperti kebiasaannya, pelakon comel Nora Danish akan beraya di rumah bekas mentuanya
di Ipoh, Perak dan berkemungkinan besar akan turut beraya bersama rakan artis, Fasha Sandha “Raya pertama saya akan balik beraya di rumah bekas mentua saya di Perak dan selepas itu barulah saya akan membawa anak saya Rayqal bercuti pula. Ini sudah menjadi tradisi saya dan keluarga apabila pulang beraya pada hari raya pertama di rumah bekas mentua di Perak.
” Lagipun saya memang suka pulang untuk menjamah makanan yang enak seperti Rendang Tok yang amat popular dan sedap untuk dijamah pada hari raya pertama.
” Kemungkinan besar juga saya akan beraya bersama-sama dengan Fasha Sandha di sana,” katanya kepada portal Gua.
Dalam perkembangan lain, Nora yang kini dilihat semakin intim dengan anak kepada seorang menteri kabinet juga banyak mengambil peluang di bulan Ramadhan yang mulia ini mengerjakan ibadat yang dituntut seperti bersembahyang tarawikh serta berbuka puasa bersama golongan yang kurang bernasib baik seperti anak-anak yatim
No comments:
Post a Comment