SUNGKAI - Sepasang suami isteri yang dalam perjalanan pulang ke rumah di
Felda Besout 3, maut apabila
kereta yang mereka naiki melanggar
belakang sebuah traktor muatan buah kelapaKejadian berlaku mendi Jalan Besout, Ladang Besout, kira-kira 500 meter daripada pondok kawalan polis yebabkan kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Superitendan Othman Nanyan berkata, pemandu kereta jenis Proton Wira dikenali sebagai Mohd Pohari Mulyati, 61, dan isterinya, Siti Sa’idiah Pardi, 58 tahun.
Katanya, kejadian kemalangan berlaku apabila kereta yang dipandu oleh mangsa dalam perjalanan dari arah Sungkai ke Felda Besout 3 sebelum merempuh belakang traktor menyebabkan kenderaan mangsa terperosok di bawah traktor.
“Traktor yang membawa muatan kelapa sawit itu tiada memasang lampu atau pelekat pantulan cahaya menyebabkan mangsa yang dipercayai rabun jauh merempuh belakang kenderaan berat itu.
“Ini ditambah dengan keadaan jalan lurus, tiada lampu jalan serta gelap mengakibatkan mangsa terperosok di bawah traktor itu dan tersebut,” katanya.
Othman berkata, pemandu mengalami kecederaan parah di kepala dan patah di tangan manakala isterinya alami kecederaan parah di kelapa akibat terhentak serta patah di kaki, maut di tempat kejadian.
Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Slim River untuk dibedah siasat dituntut oleh keluarga mangsa sebelum dikebumikan, t
No comments:
Post a Comment