Top Blogs

Wednesday, July 17, 2013

Home » » Lisa Surihani jadi badak air

Lisa Surihani jadi badak air

BARISAN selebriti terkenal dari Malaysia, Singapura dan Brunei bakal memeriahkan hari raya Aidilfitri pertama melalui filem animasi popular,
Madagascar 3: Europe's Most Wanted yang telah dialih suara kepada Bahasa Melayu.

Antara selebriti terlibat adalah Hafiz Suip (Alex the Lion), Lisa Surihani (Gloria the Hippo), Fahrin Ahmad (Melman the Giraffe), Taufik Batisah (Marty the Zebra) dan Najip Ali (Julien the Lemur).

Selain itu, beberapa artis lain turut memeriahkan Madagascar 3 seperti Jazz Hassan, Hazama, Didi Alias, Zahid, Ray, Adifashla, Farish Aziz dan Nabila Huda.

Madagascar 3 akan bersiaran di HBO saluran 411 atau HBO HD saluran 431 pada jam 8 malam.

Selebriti-selebriti terlibat mengakui teruja ketika dilamar untuk membawakan karakter tersebut.

"Saya teruja sebab saya suka Madagascar. Saya menonton filem itu berkali-kali untuk memahami jalan cerita sepenuhnya.

"Saya juga cuba untuk tidak meniru watak itu supaya bunyinya itu nanti sangat Malaysia dan tidak terlalu Inggeris," katanya pada sidang media, hari ini.

Ketika ditanya soal pemilihannya dalam watak itu, Lisa berkata, watak Gloria sinonim dengan dirinya.

"Mungkin kerana...sebenarnya saya dengan Gloria sama. Walaupun saiz tak sama tapi perwatakan sama. Dalaman saya selalu Gloria,"

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...