Pelakon Lisa Surihani berjaya mengubah gaya hidup dan menguruskan
masa suaminya iaitu
pengarah filem dan penyanyi Yusry Abdul Halim
setelah hampir dua tahun mendirikan rumah tangga.
Lisa, 27, berkata, dia berjaya mengubah cara hidup suaminya itu agar menjadi lebih baik dan terurus.
"Setakat ini Alhamdulillahlah, kebanyakannya dia mengikut masa dan
cara saya. Macam pada bulan puasa, kalau dulu dia tidak bangun sahur
kerana dia lebih suka bersahur sebelum tidur.
"Tapi sekarang dia perlu ikut cara saya dengan tidur awal dan bangun
untuk bersahur, kerana bagi saya masa berpuasa lebih panjang apabila
bersahur," katanya ketika ditemui pada sidang media Madagascar 3:Europe's Most Wanted versi Bahasa Malaysia di sini, Selasa.
Tambah Lisa, dia juga kini menjaga dan menguruskan jadual harian Yusry bagi memudahkannya merancang aktiviti terluang.
"Kalau dulu kami letak jadual masing-masing pada papan tulis di
rumah, tapi bila di luar masing-masing lupa, jadi saya ada aplikasi di
telefon yang boleh isi jadual dia dan saya sekali.
"Sejak itu saya terus uruskan jadual kerja dia," katanya.
Bukan itu sahaja, tambah Lisa, suaminya juga sudah boleh menerima makanan pedas.
"Kalau dulu dia memang tidak boleh makan makanan yang pedas tapi
sekarang dia sudah boleh terima. Dia paling suka kalau saya masak ayam
pedas," katanya.
Bercerita pengalaman berpuasa sebelum ini Lisa berkata, dia pernah mengalami sakit perut akibat terlalu banyak makan cili.
"Dua tahun lepas saya mengalami sakit perut yang teruk kerana saya makan cili setiap kali berbuka puasa.
"Saya suka makan cili dengan menggigit sedikit-sedikit cili tersebut
sehingga habis tapi selepas sakit perut saya berhenti daripada makan
cili seperti itu.
"Namun tabiat makan makanan pedas memang tidak boleh dielakkan. Kalau tidak saya tidak akan berselera,"
No comments:
Post a Comment