Pelakon Kamal Adli melahirkan rasa terkejut kerana tidak diberikan 
sebarang sebab oleh pihak penerbitan Hip TV (siaran TV9) yang mahu 
menyingkirkannya sebagai pengacara rancangan tersebut.
Kamal, 26, berkata, dia hanya mengetahui kontraknya tidak disambung  
semasa hadir untuk mengendalikan rancangan itu pada 17 Jun lalu tanpa 
sebarang notis awal.
"Kecewa juga apabila kontrak tidak disambung kerana saya memang selesa dan gembira mengendalikan program berkenaan.
"Penamatan kontrak hanya diberitahu pada episod terakhir program 
tersebut dan pihak penerbit juga tidak memberi sebarang penjelasan 
tentang penyingkiran saya," jelasnya .
, Kamal  enggan memperbesarkan 
hal tersebut dan menganggap rezekinya tidak lagi bersama TV9 bagi 
mengendalikan rancangan hiburan itu.
sepanjang mengendalikan program berkenaan bersama 
pelakon Miera Leyana dia menimba pelbagai pengalaman berharga sebagai 
pengacara.
"Mungkin  bukan rezekinya namun berterima kasih kerana 
diberi peluang dan kepercayaan selama setahun ini untuk mengacarakan 
program tersebut,"namun akan terus mencuba nasib dalam bidang pengacaraan 
dan semangatnya tidak akan terhenti hanya kerana kontraknya tidak 
disambung pihak saluran televisyen.
"Mungkin selepas ini  akan mendapat tawaran untuk mengacarakan 
program lain pula selain dapat memberikan fokus kepada bidang lakonan,
".Sumber 

No comments:
Post a Comment