Pelakon dan penyanyi Rafidah Ibrahim atau Fida mengakui telah
berbaik-baik semula dengan bekas kekasihnya iaitu Mamat (Sepah) selepas
mereka muncul dalam sebuah program Apa Saja FBI di TV9 baru-baru ini.
Fida, 27, bagaimanapun berkata, hubungan tersebut tidak lebih
daripada sekadar rakan biasa dan dia tidak mahu mengingati peristiwa
buruk yang pernah berlaku di antara mereka.
"Kami kembali berbaik selepas sama-sama muncul dalam sebuah program
dan hubungan itu hanyalah sekadar teman biasa. Mamat sebenarnya bukanlah
seorang yang jahat untuk saya musuhi atau jauhi.
"Apa yang telah berlaku sebelum ini saya tidak mahu lagi kenang dan ambil pengajaran daripadanya," jelasnya ketika ditemui mStar Online.
Hubungan Mamat dan Fida sebelum ini berakhir selepas pelawak tersebut
dengan secara tidak sengaja telah memuat naik gambar Fida yang
menampakkan sebahagian rambut ke akaun Facebook miliknya mengakibatkan
ia terus tersebut tersebar luas di Internet.
Mamat dalam satu kenyataannya sebelum ini kesal dengan kesilapan itu
kerana telah mencemar nama baik Fida yang tidak pernah mendedahkan
rambutnya di khalayak.
Dalam pada itu, mengulas mengenai hubungannya dengan Zalif Sidek,
Fida menjelaskan dia sudah tidak berhubung dengan pelakon itu lagi dan
hubungan rapat yang terjalin selama tiga bulan sebelum ini telah pun
berakhir.
Jelas Fida, dia mengundurkan diri kerana tidak mahu terus disalah
anggap sebagai pihak ketiga ekoran seorang wanita mendakwa sebagai
kekasih Zalif sebelum ini.
"Saya sudi untuk berkawan dan mengenali hati budi Zalif sebelum ini
kerana tahu dia tidak mempunyai sesiapa dan tidak sangka ada pula pihak
yang mendakwa sebagai kekasih Zalif.
"Atas sebab itu juga saya undur diri supaya keadaan tidak menjadi keruh pada masa akan datang," katanya.
Dalam perkembangan sama, Fida berkata, buat masa ini dia tidak mahu
memikirkan soal cinta kerana ingin memberikan tumpuan kepada kerjaya
lakonan dan nyanyian yang sedang berkembang.
No comments:
Post a Comment