Misha
Omar mengakui mengenali individu yang menyebarkan fitnah tentang
dirinya dan amat kesal kerana tuduhan itu dan mencalarkan reputasinya.
PETALING JAYA: Penyanyi Misha Omar mencabar individu yang
menuduhnya pernah berkahwin sehingga menyebabkan pernikahannya dengan
juruterbang Malaysia Airlines System (MAS) iaitu Fiross Ezwan Rosly
tertangguh tampil mengemukakan bukti.
Misha atau nama sebenarnya Samihah @ Aisah Omar, 31, berkata, dia
mengenali individu yang menyebarkan fitnah tersebut dan amat kesal
kerana tuduhan itu benar-benar mencalarkan reputasinya.
"Saya tidak pernah berkahwin dengan mana-mana lelaki sekalipun. Jika
benar saya pernah berkahwin tunjukkan buktinya dan anda boleh merujuk
nama saya di mana-mana Pejabat Agama," katanya ketika ditemui pada
majlis pelantikannya sebagai jurucakap produk Colourland, di sini, Rabu.
Hadir sama pengarah Coluorland, Loh Boon Leong.
Misha diminta mengulas gosip kononnya perkahwinan dia dengan Fiross,
31, tertangguh disebabkan dia menanti surat cerai daripada bekas
suaminya iaitu seorang ahli perniagaan di Kelantan.
Add caption |
Misha (kiri) bersama Loh Boon Leong.
Misha dan Firos mengikat tali pertunangan dalam satu majlis tertutup
di kediaman keluarga penyanyi itu di Kampung Guchil Bayam, Kota Baharu,
Kelantan pada 20 Februari tahun lalu.
Pada majlis itu keluarga kedua-dua pihak mencapai persetujuan untuk
mengikat tali pertunangan selama setahun tetapi majlis berkenaan
akhirnya tertangguh.
Misha menambah, dia telah mendengar isu berkenaan sejak Februari lalu
dan telah mengenal pasti seorang lelaki yang membuat fitnah berkenaan.
"Saya sangat kecewa kerana betapa saya menjaga nama baik saya selama ini, ia dicalarkan dengan tuduhan berkenaan.
“Saya tahu siapa yang bercakap tentang hal ini dan dia sering mencari
kesilapan dan perkara negatif tentang saya. Saya harap lelaki itu
tampil jika benar saya pernah berkahwin," tegasnya.
Dalam pada itu Misha dan Fiross telah memilih Februari 2014 untuk
diijabkabulkan sebagai suami isteri selepas mendapat persetujuan
keluarga kedua-dua belah pihak.
Katanya, keputusan itu dibuat selepas mendapati terdapat kelapangan terhadap jadual masing-masing.
"Namun tarikh sebenar perkahwinan akan ditetapkan pada Hari Raya
Aidilfitri nanti kerana keluarga kami akan berjumpa untuk berbincang
semula,”
No comments:
Post a Comment