SELAYANG:
Pelakon Khatijah Tan mengakui pernah berasa risau anaknya pengarah dan
pelakon
Pierre Andre belum menemui jodoh dan mungkin akan terlibat
dengan gejala sosial.
Khatijah berkata, dia sering berdoa agar satu hari anak sulungnya itu
dipertemukan jodoh dan bersyukur doanya dimakbulkan apabila Pierre
selamat diijabkabulkan dengan seorang model, Siti Nur Hidayah Hashim, 26
, dalam majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Al-Ikhlas Taman
Melati Selayang di sini pada Ahad.
"Biasalah ibu mana tidak risau. Walaupun Pierre seorang anak yang
baik, hati saya tetap risau dengan siapa dia berkawan dan apa yang dia
buat sepanjang hari.
"Malah saya risau jika dia yerlibat dengan perkara negatif sperti
gejala sosial yang berlaku sekarang ini, yang boleh memalukan keluarga.
"Alhamdulillah sekarang Pierre sudah bergelar suami. Moga dia bahagia
dengan isteri yang disayangi. Hidayah pula...saya lihat sangat memahami
Pierre," katanya.
Pierre Andre (kiri) bersama isteri, Siti Nur Hidayah Hashim.
Khatijah ditemui pada majlis pernikahan Pierre dalam majlis
pernikahan yang diadakan di Masjid Al-Ikhlas Taman Melati Selayang di
sini.
Tambah Khatijah, dia juga berharap agar Hidayah memahami kerja-kerja
Pierre yang ada kalanya mungkin boleh mengundang rasa cemburu di
hatinya.
Sementara itu, Pierre pula berkata kehadiran Hidayah telah mengubah
hidupnya menjadi seorang yang lebih baik sekaligus membuka hatinya untuk
berhijrah menjadi umat Islam yang lebih baik.
"Dua tahun lalu kami berkenalan dan kemudiannya tidak berhubung
selama setahun. Tak sangka pula kami berjumpa semula pada Aidilfitri
tahun lalu.
"Bila kami berhubung semula saya dapat rasakan Hidayah adalah wanita yang terbaik buat diri saya.
"Walaupun tidak bertudung tetapi dia tidak pernah mengabaikan solat. Kerana dia juga saya berhijrah. Alhamdulillah," katanya.
Dalam pada itu, Pierre berkata, dia tidak akan meminta Hidayah
berhenti daripada kariernya sebagai model, cuma meminta isterinya itu
hanya memilih tawaran kerja yang tidak membabitkan pakaian yang
terdedah.
No comments:
Post a Comment