Chiang Mai - seorang ibu dari 2 anak yang dituduh membunuh
dan memakan anaknya sendiri
. Kedua-dua buah hatinya itu masing-masing
berusia 1 tahun dan 5 tahun. Wanita dari Suku Musur yang tidak diketahui
identitinya ini tinggal di wilayah Mae Ai, Thailand.
Pihak polis tempatan mengatakan bahawa wanita ini memang ditemui sedang
tertidur dengan potongan tubuh di sisinya, dan ternyata bahagian tubuh
itu adalah potongan tubuh kedua-dua anaknya. Namun, polis belum menemui
bukti apakah sang ibu juga memakan kedua-dua anaknya itu. Untuk mencari
kebenaran tentang kejadian tersebut, pihak polis cuba mengajukan
beberapa soalan berkaitan, tetapi wanita ini tidak memberikan jawapan
sama sekali.
Menurut keterangan sang suami, ibu dari kedua-dua anaknya ini ternyata
mengalami gangguan jiwa sejak 2007 lalu. Suaminya menambah bahawa
isterinya juga sudah berhenti mengambil ubat sejak 2 bulan yang lalu.
Sebelum waktu kejadian, sang isteri sedang dalam keadaan normal.
Suaminya berkata pada sang isteri bahawa dia harus pergi keluar bandar
selama beberapa hari untuk membeli ubat-ubatan yang diperlukan oleh sang
isteri. Namun, dia tidak pernah menduga kalau akibatnya akan separah
ini. Khabarnya, sakit yang dialami sang isteri menimbulkan halusinasi
yang tidak terkawal.
Bangkok Post menuliskan bahawa sebelum dia membunuh kedua-dua anaknya,
sang ibu ini berhalusinasi ada seorang wanita yang datang untuk
melukainya. Hembusan berita demi berita yang belum dapat dipastikan
kebenarannya, membuat pihak polis yang mengendalikan kes ini angkat
bicara. Mereka menyeru para warga dan media untuk tidak menyebarkan
berita yang tidak benar, malah seharusnya mereka berempati terhadap
masalah yang sedang dialami oleh keluarga kecil ini.
Proses undang-undang tidak dapat dijalankan walaupun sang ibu sudah
dituduh telah melakukan pembunuhan sadis terhadap kedua-dua anaknya.
Gangguan mental yang dialaminya dianggap tidak layak untuk sang ibu
membela dirinya dalam perbicaraan, sehingga polis menghantarnya ke Rumah
Sakit prung Suan terlebih dahulu untuk menjalankan beberapa siri
rawatan.
Sumber
No comments:
Post a Comment