Seorang
wanita yang menghidap penyakit ganjil iaitu rebah setiap kali
ketawa bimbang dia mungkin menurunkan sakit aneh itu kepada anak
lelakinya.
Kelly
Timson, 25, tidak boleh menyaksikan pertunjukan jenaka atau malah
pergi ke pub bersama temannya kerana setiap kali dia ketawa, dia akan
rebah.
Kelly
mengalami keadaan neurologi yang jarang berlaku dipanggil Cataplexy
bermaksud tubuhnya mencapai tahap lumpuh sepenuhnya akibat tindak
balas emosi seperti geli hati, terkejut,
marah dan malah, sayang.
Hanya merenung dengan penuh kasih sayang kepada dua anaknya, Charlie, lima dan Ronnie, dua tahun menyebabkan Kelly tidak dapat bergerak atau bercakap.
Dia
sering rebah di lantai dan mencederakan dirinya. Pada satu ketika dia
hampir lemas selepas jatuh dengan muka tersembam di sofa. Kelly
mengalami hingga 20 serangan cataplexy dalam sehari dan memerlukan ibu
atau adik lelaki di sampingnya setiap masa seandainya dia rebah.
Kelly
juga mengalami keadaan berkaitan dengan penyakitnya narcolepsy yang
bermakna dia akan terlelap sepanjang hari, tanpa mengira apa yang
sedang dilakukannya
No comments:
Post a Comment