Tindakan seorang lelaki warga Nepal mencabul seorang
wanita
yang berjalan di sebuah pusat membeli-belah di Jalan Putra, , mengundang padah apabila dia cedera dibelasah mangsa, kelmarin.
Lebih malang apabila dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, lelaki itu
yang dilaporkan cedera ringan di kepala turut diberkas pihak berkuasa
sejurus kejadian berkenaan.
Menurut sumber, mangsa berusia 44 tahun yang berjalan sendirian mendakwa
dihampiri lelaki terbabit sebelum tiba-tiba lelaki itu meramas buah
dadanya.
“Tindakan itu mengundang kemarahan mangsa sebelum bertindak memukulnya.
Malah, pada masa sama, mangsa menjerit meminta bantuan daripada pengawal
keselamatan dan orang awam.
“Jeritan kuat mangsa didengari seorang pengawal keselamatan dan dua
polis bantuan yang berada berhampiran kawasan berkenaan sebelum mereka
bergegas memberikan bantuan kepada mangsa yang ketika itu sedang
bergelut dengan lelaki terbabit,” katanya.
Sumber berkata, lelaki itu yang cuba meloloskan diri dapat diberkas
sebelum dibawa ke Balai Polis Dang Wangi, di sini, untuk tindakan
lanjut.
Katanya, mangsa dilaporkan tampil membuat laporan di balai polis sama kira-kira sejam kemudian dengan ditemani ahli keluarganya.
Sumber
No comments:
Post a Comment