Peminat bola sepak tempatan pastinya mengenali pemain pasukan
Selangor,
Mahali Jasuli yang kini semakin menunjukkan taring acapkali
beraksi dalam pasukan kebangsaan.
Nama Mahali juga terus disebut tatkala dia muncul dalam program MeleTop
di Astro Ria, baru-baru ini dengan menyatakan hasrat bakal memilih
Tasha Shilla sebagai isteri seandainya diberikan pilihan wanita di
kalangan artis tempatan.
Pemilihan Mahali untuk menyunting pelakon cantik itu sebagai isteri, nampaknya tidak bertepuk sebelah tangan.
Ini kerana Tasha Shilla sudah mula berani mendedahkan hubungannya
dengan Mahali dengan sering menghantarkan mesej menerusi laman Twitter
dengan menggelarkan Mahali dengan nama Sayang.
Menjawab persoalan ini, Mahali sebolehnya tidak mahu perkara berkaitan dirinya dan Tasha menjadi kecoh.
Bagaimanapun, Mahali yang peramah orangnya itu tidak menolak bahawa dia sedang berkawan dengan pelakon cantik.
"Saya dengan Tasha masih berkawan. Belum sampai ke tahap bercinta atau
lebih serius. Terus-terang, saya sudah kenal dia sejak November tahun
lalu. Hubungan kami lebih kurang lima bulan.
"Sebelum ini, saya pernah mengatakan kepada media bahawa saya amat meminati Tasha.
"Selepas itu, peminat Tasha telah mencari saya dan menjemput saya menghadiri jamuan hari lahirnya.
"Dari situlah kami mula berkenalan dan berkawan. Kiranya kami
berkenalan apabila peminat Shila yang kenalkan kami," katanya kepada
murai.com.my.
Menjelaskan mengenai panggilan Sayang yang diberikan Tasha terhadap
dirinya, Mahali merasakan panggilan tersebut tidak salah diberikan
kepada seorang kawan.
"Sekarang ini, kami jarang berjumpa kerana masing-masing sangat sibuk.
Namun, kami sering bertanya khabar dengan menghantar mesej.
"Semasa diwawancara dalam program MeleTop, saya sudah pun berkawan dengan Tasha.
"Rasanya tidak salah kalau Tasha panggil saya dengan panggilan Sayang walaupun hubungan kami hanya sebagai kawan," ujarnya.
Apa sekalipun, Mahali memohon kerjasama dari semua pihak supaya tidak melebih-lebihkan perhubungan mereka.
No comments:
Post a Comment