Tiga lelaki diberkas polis Miri kerana memeras ugut
seorang lelaki yang dipercayai telah meniduri teman wanita salah seorang
suspek,
Untuk menebus kesalahan pengadu, suspek meminta dia membayar sejumlah wang yang perlu dijelaskan pada 8 Februari ini.
Sekiranya pengadu gagal membayar sejumlah wang yang diminta itu, jumlah tersebut akan naik sebanyak 10 peratus setiap hari.
“Kesahihan
dakwaan dan punca ugutan tersebut bermula masih lagi dalam siasatan
polis,” jelas Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Supritenden Ismail Idris
ketika dihubungi Utusan Borneo semalam.
Kes
tersebut disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana melakukan
peras ugut, yang jika disabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman penjara
tidak lebih 10 tahun, denda atau sebat.
Menurut
Ismail, pada malam sabtu lepas, mangsa (pengadu) yang berusia
lingkungan 20-an, bersama suspek dan empat lagi rakannya, termasuk teman
wanita suspek telah berhibur di sebuah pusat hiburan di bandar ini.
Setelah
berhibur beberapa jam, pengadu telah menawarkan diri untuk menghantar
suspek dan teman wanita balik, ekoran keadaan suspek yang (mabuk) tidak
mampu untuk memandu balik.
“Hendak
dijadikan cerita, setelah pengadu menghantar suspek pulang, beliau
kemudian menghantar teman wanita suspek balik semula ke kawasan parkir
pusat hiburan kerana keretanya masih diletakkan di sana,” jelas Ismail.
Menurut pengadu, beliau dengan teman wanita suspek telah melakukan hubungan seks atas dasar suka sama suka dan bukannya rogol.
Keesokan
harinya, pada 5 Februari suspek telah menghubungi pengadu dan
mengajaknya berjumpa, kerana merasakan sesuatu telah berlaku pada malam
itu antara pengadu dengan teman wanitanya.
Semasa perjumpaan itu, suspek tidak datang sendirian tetapi ditemani tiga rakannya. Semasa pertemuan itu, suspek meminta pengadu membayar sejumlah wang bagi menebus perbuatannya.
“Terdahulu,
suspek ada bertanya kepada teman wanitanya tentang perkara tersebut,
namun wanita tersebut menafikan yang dia telah tidur dengan pengadu.
“Wanita itu memberitahu yang suspek telah merogolnya…namun kami (polis) masih lagi menjalankan siasatan terhadap kes ini,
Sumber:
No comments:
Post a Comment