TIGA tahun lalu, heboh sana sini orang memperkatakan bahawa Remy Ishak dan Maya Karin menjalinkan hubungan cinta.
Semuanya, gara-gara keakraban kedua selebriti ini ketika menjayakan
pementasan Natrah. Tidak kurang juga ada yang mengatakan kedua pelakon
ini kerap berjumpa dan bercuti bersama.
Apatah lagi ketika itu, Maya mengalami pergolakan rumah tangga sehingga
ada pihak meletakkan Remy sebagai orang ketiga dalam rumah tangga
Maya.
Namun semua gosip itu beredar bagai angin lalu, apatah lagi Remy ketika
itu dikatakan mempunyai hubungan cinta dengan heroinnya dalam drama Nur
Kasih, Tiz Zaqyah.
Bagaimanapun, selepas hubungan Remy dan Tiz berakhir tahun lalu, Maya
dan Remy dilihat mula akrab kembali apabila gambar percutian mereka di
Hutan Simpan Imbak Canyon dan Maliau Basin di Sabah dimuat naik ke
internet.
Tidak melatah dengan gosip percintaan yang kembali bertebaran, Maya
berkata, ada kalanya dia terasa tercuit hati dan terharu apabila peminat
seolah-olah memberi restu 'hubungannya' bersama Remy.
"Bagi saya, orang yang mengatakan saya bercinta dengan Remy adalah
orang yang menyayangi saya kerana mereka mahu melihat saya bahagia.
"Malah saya juga tidak berasa marah atau sakit hati apabila perkara ini dibangkitkan, sebaliknya merasa situasi ini agak comel.
"Namun, jawapan saya tetap saya seperti beberapa bulan yang lalu atau
tiga tahun yang lalu, bahawa saya dan Remy hanya berkawan baik, sama
seperti hubungan saya dengan Bront (Palarae) dan Farid (Kamil),"
Sumber
|
No comments:
Post a Comment