Hangzhou: Seorang bapa melihat sendiri detik-detik akhir anak
lelakinya tenggelam bersama kereta sorong dalam sebuah sungai sejurus
selepas dia mengambil gambar
.Lebih tragik, tindakan lelaki terbabit terjun ke sungai untuk
menyelamatkan anaknya berakhir dengan dia sendiri mati lemas. Media
semalam melaporkan, sebelum kejadian, lelaki terbabit, Sun Wen,
meletakkan bayinya, Lin Sun, di tebing sungai di Hangzhou di wilayah
Zhejiang untuk merakamkan gambar.Sun mengunjungi kawasan berkenaan bersama anaknya bagi melawat kubur keluarga mereka sempena perayaan tradisional masyarakat Cina.
Bagaimanapun, tiba-tiba kereta sorong dinaiki Lin bergerak dan menggelongsor ke dalam sungai.
Sun bergegas terjun untuk menyelamatkan anaknya yang baru berusia 18 bulan itu tetapi gagal.
Jurucakap penyelamat berkata, walaupun Sun tidak pandai berenang, dia nekad terjun ke sungai demi menyelamatkan anaknya.
KERETA sorong dan kamera milik Sun.
“Sun dan anaknya hanya dapat ditarik keluar selepas 20 minit di dalam
air,” katanya. Sementara itu, pegawai penyiasat polis berkata, ada
kemungkinan Sun terlupa memasang brek pada kerusi tolak dinaiki Lin
No comments:
Post a Comment