Vokalis kumpulan Slam, iaitu Zamani tidak mahu mengambil risiko
menerbitkan album baru ekoran keadaan pasaran yang tidak menentu ketika
ini.
Zamani, 42, berkata, walaupun peminat sentiasa bertanyakan tentang
perkara itu, namun dia sedang menunggu masa sesuai untuk tampil dengan
karya terbaharu.
"Saya masih belum merancang untuk tampil dengan album atau single
terbaharu kerana keadaan industri muzik yang tidak menentu sekarang
tambahan pula dengan kemunculan artis-artis baru," jelasnya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Zamani berkata, walaupun kelihatan sepi daripada
sebarang publisiti tentang diri dan kerjayanya, dia bersyukur apabila
masih menerima dengan pelbagai undangan nyanyian.
Malah kata Zamani, dia juga banyak menerima tawaran persembahan di luar negara seperti Singapura dan Brunei.
"Saya sejujurnya memang tidak berapa selesa apabila cerita peribadi
menjadi tumpuan dan walaupun kurang publisiti syukur undangan nyanyian
masih tidak putus," jelasnya.
Bagaimanapun kata Zamani, dia sentiasa mengemaskan laman Facebook miliknya tentang aktiviti seni untuk perhatian peminat.
Sumber
No comments:
Post a Comment