PENYANYI Usher Raymond dan Shakira telah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai juri 
terbaharu program realiti The Voice menggantikan Christina Aguilera dan Cee Lo Green.
Green dan Aguilera mengambil keputusan tidak kembali pada musim 
keempat program popular itu kerana ingin berehat namun tidak menolak 
kemungkinan akan kembali menyertai barisan juri pada masa hadapan.
Bagaimanapun ada pihak bimbang penyertaan Usher dan Shakira dalam 
program itu mungkin tidak akan memberi impak sama seperti musim 
terdahulu walaupun mereka berdua adalah nama besar dalam industri muzik.
Selain Shakira dan Usher, kerusi juri turut mengekalkan dua nama iaitu Adam Lavine dari kumpulan Maaron 5 dan Blake Shelton.
The Voice akan menemui penonton di Asia bermula 31 Mac ini di saluran AXN.
 

 
 
 
 
 
 
 
 
.jpg) 
 
 
No comments:
Post a Comment