Top Blogs

Friday, March 29, 2013

Home » » Tiga renjer maut di Selatan Thailand

Tiga renjer maut di Selatan Thailand

 BANGKOK -  
Tiga anggota renjer tentera Thailand terbunuh dan mencederakan lima orang dalam satu serangan bom
yang ditanam di tepi sebatang jalan raya oleh kumpulan gerila pemisah di selatan negara ini semalam.
Kejadian itu berlaku sebelum beberapa pegawai keselamatan Thailand mengadakan rundingan damai dengan para pemimpin kumpulan gerila pemisah bagi menamatkan pemberontakan di selatan negara ini.
Jurucakap polis berkata, dua renjer tentera maut di tempat kejadian di daerah Cho Airong, wilayah Narathiwat manakala seorang lagi anggota mati di sebuah hospital.
Letupan itu berlaku sebelum rundingan melibatkan Setiausaha Agung Majlis Keselamatan Kebangsaan Thailand, Paradorn Pattanathabutr dengan para pemimpin gerila pemisah bertemu di Kuala Lumpur untuk melakukan rundingan damai yang ditaja kerajaan Malaysia.
Media Thailand melaporkan, sembilan kumpulan pemisah termasuk Barisan Revolusi Nasional dijangka menyertai rundingan tersebut.
Sekurang-kurangnya 27 orang terkorban di Pattani, Yala dan Narathiwat sejak 28 Februari lalu.
Lebih 5,000 orang terbunuh selepas kumpulan gerila pemisah menggerakkan semula kempen bersenjata mereka di tiga wilayah di Selatan Thailand sejak Januari 2004.
Sumber

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...