Menurut Wook Abu Bakar, 59, batang pisang di belakang rumahnya yang
ditebang itu kini mengeluarkan jantung pisang semula
dan mula menyedari
kejadian pelik tersebut ketika hendak membuang sampah di bahagian
belakang rumahnya.
“Pada mulanya saya ingatkan batang pisang tersebut mengeluarkan pucuk,
tetapi apabila diamati didapati jantung pisang yang keluar dari batang
pokok pisang itu,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di
rumahnya di sini, semalam.
Wook mengakui, jika cerita tersebut tersebar kalangan penduduk kampung,
sudah pasti ramai yang akan datang untuk melihat sendiri kejadian aneh
tersebut namun berharap orang ramai tidak mengaitkan kejadian itu dengan
cerita bukan-bukan.
Menurut ibu enam anak itu, sebelum ini, pokok pisang tersebut tidak
mengeluarkan buah menyebabkan suaminya mengambil keputusan untuk
menebang pokok itu lebih sebulan lalu dan kini ia mengeluarkan jantung
pisang pula.
Sementara itu, seorang ahli agama yang enggan namanya dikenali ketika
dihubungi Sinar Harian turut menasihati orang ramai supaya tidak
mengaitkan kejadian tersebut dengan perkara yang boleh menjejaskan
akidah mereka.
“Saya bersetuju dengan pendapat suri rumah terbabit agar tidak
mengaitkan kejadian itu dengan cerita yang bukan-bukan kerana kejadian
itu adalah kuasa ALLAH SWT, yang pasti ada hikmah di sebaliknya,”
katanya kepada
Sumber
No comments:
Post a Comment