Top Blogs

Wednesday, March 6, 2013

Home » » Melekat belakang cermin kereta

Melekat belakang cermin kereta

 MELAKA - 
 Seorang pemuda maut selepas motosikal ditungganginya merempuh belakang sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat Jalan Tun Kudu,  malam kelmarin.

Mohd Nizam Hassan, 31, dari Ayer Molek, di sini, meninggal dunia di tempat kejadian selepas melekat di bahagian cermin belakang kereta jenis Hyundai Matrix dipandu seorang lelaki berusia 45 tahun.

Dalam kejadian kira-kira 10.30 malam itu, mangsa menunggang motosikal jenis Honda EX5, manakala pemandu kereta yang turut membawa isteri dan dua anaknya datang dari arah Jalan Tun Kudu, lalu memberhentikan kereta sebaik saja lampu isyarat
merah.

Menurut saksi, ketika itu tiada kenderaan lain di situ, sebelum tiba-tiba sebuah motosikal merempuh belakang kereta sehingga penunggangnya tercampak ke atas cermin kereta terbabit.

“Pemandu kereta yang terkejut kemudian menggerakkan kenderaannya sedikit ke hadapan, sebelum mangsa terjatuh atas jalan dan terbaring tidak sedarkan diri, selain cermin kereta bertaburan,
Sumber

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...