Gambar hiasan
Seorang kontraktor yang memakai
gigi palsu ketika tidur maut selepas tertelan giginya itu di
rumahnya di Farlim, Air Itam di George Town pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira 2 pagi
itu, Choo Hock Meng, 44, dipercayai tidur berdengkur sebelum terbatuk sehingga
menyebabkan dia tertelan giginya dan mengalami kesukaran untuk bernafas akibat
giginya tersangkut di tekak.
Menurut sumber polis, kejadian itu
disedari isterinya Wu Huiling, 42, yang mendapati suaminya mengalami kesukaran
bernafas dan wajahnya bertukar menjadi kebiruan.
Sebelum kejadian, mangsa bersama
isterinya sedang menonton TV sebelum mangsa masuk tidur terlebih dahulu.
Isterinya masuk ke bilik tidur
tidak lama kemudian apabila mendengar suara suaminya seperti sedang menghadapi
masalah.
"Isteri mangsa kemudiannya
mendapati suaminya tertelan gigi palsu, lantas dia menghubungi ambulans untuk
mendapatkan bantuan. Suaminya didapati tidak bernyawa oleh anggota ambulans
yang tiba di rumah mereka," kata sumber itu.
Mayat mangsa kemudiannya dibawa
ke Hospital Pulau Pinang dan disahkan maut akibat tertelan gigi palsunya.
"Bedah siasat mendapati gigi
palsu mangsa di bahagian rahang atas yang mempunyai tiga kuntum gigi tersangkut
di tekak mangsa menyebabkannya mengalami kesukaran untuk bernafas,"
katanya.
Mangsa dikatakan memakai gigi
palsu sejak 20 tahun lalu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Timur
Laut, Supt Ismail Idris ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes
diklasifikasikan sebagai mati mengejut
Sumber:
No comments:
Post a Comment