Top Blogs

Saturday, March 2, 2013

Home » » Mainan budak betanda salib

Mainan budak betanda salib

 TELUK INTAN 
- Seorang bapa terkejut apabila anaknya berusia 5 tahun membeli satu kotak gula-gula dan pelekat yang mengandungi tanda salib



 dari sebuah kedai runcit di Taman Kerentina, Batak Rabbit, petang kelmarin.

Bapa, Noor Azmi Baharuddin, 37, berkata, ketika itu, dia yang baru pulang dari tempat kerjaterkejut anaknya memegang sekeping pelekat cacah tertera gambar salib bersama tengkorak.

Menurutnya, mulanya dia menyangka pelekat itu hanya gambar tengkorak namun apabila di teliti terdapat salib yang dililit ular.

"Bukan sahaja gambar berkenaan menakutkan malah tentangan dengan agama Islam.

"Tindakan syarikat yang membuat permainan itu didapati tidak peka dengan sensitiviti orang Melayu khususnya beragama Islam," katanya kepada Sinar Harian.

Kata Noor Azmi, perkara itu  tidak sepatutnya berlaku dan tindakan pihak syarikat berkenaan meletakkan gambar salib adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab.
Sumber

No comments:

Post a Comment

Popular Artikel dari AC

Iklan Berbayar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...